Saturday, July 26, 2008

MESTI BACA !!!!! untuk sesiapa yang sudah beli rumah...

Syarat pemaju serah kunci rumah

APABILA pemaju perumahan menyiapkan rumah dan pembayaran sudah dibuat, maka pemaju akan menyerahkan kunci rumah kepada pembeli.

Proses penyerahan kunci ini dikenali sebagai penyerahan hak milik kosong. Penyerahan pemilikan kosong hanya akan dibenarkan apabila perkara berikut dibuat:

1. Arkitek pemaju memperakukan bangunan itu siap dan bekalan air serta elektrik sedia untuk penyambungan ke bangunan.

2. Pemaju telah memohon dan memperakui Borang E (Perkara 25 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) serta dihantar kepada pihak berkuasa tempatan untuk dikeluarkan perakuan Layak Menduduki (CFO).

3. Pembeli telah membayar wang yang dikehendaki, membayar mengikut klausa 4(1) Jadual Ketiga dan segala wang lain yang kena dibayar di bawah perjanjian.

4. Pembeli melaksana dan mematuhi syarat dan peraturan di pihaknya.

Selepas menerima notis bertulis daripada pemaju untuk penyerahan milik kosong (serah kunci) pembeli perlu mengambil kunci dalam tempoh 14 hari.

Kesempatan itu perlu digunakan untuk membuat pemeriksaan rumah bersama pemaju dan mengemukakan senarai kecacatan (jika ada) secara bertulis.

Pembeli dinasihatkan membuat salinan kecacatan bagi tujuan semakan. Sekiranya pembeli tidak mengambil kunci dalam tempoh berkenaan ia akan dianggap kunci telah diambil dan sekiranya berlaku kecurian dalam tempoh selepas 14 hari, pembeli bertanggungjawab ke atasnya.

Antara jenis kecacatan yang sering dikemukakan adalah kualiti kerja, bahan pembinaan kurang bermutu dan bangunan tidak mengikut spesifikasi.

Pembeli mempunyai tempoh 18 bulan (tempoh jaminan) untuk membuat aduan. Pemaju dikehendaki membaiki kecacatan yang diadukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan.

Selepas tamat tempoh 30 hari, jika pemaju tidak mengambil tindakan, pembeli perlu memaklumkan kepada pemaju kos perbelanjaan yang diperlukan untuk membaiki kecacatan itu.

Pembeli dingatkan menghantar notis melalui peguamcara pembeli. Selepas 14 hari dari tempoh makluman kos itu pemaju tidak mengambil tindakan pembeli berhak mendapat balik wang daripada pemaju kos membaiki melalui memotong wang bayaran lima peratus seperti tercatat dalam Jadual Ketiga Fasal 4 (1) sebagaimana tercatat dalam Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) yang dipegang oleh peguamcara pemaju.

Mok kawen p duit c cukup....huhuhuhu...

Mungkin kini, anda sedang dilamun cinta. Usia perkenalan yang sudah agak panjang dengan si "dia" .... membuatkan anda merasakan, sudah tibalah masanya ntuk anda mengikat kukuh cinta anda dengan ikatan yang sah, iaitu sebuah ikatan perkahwinan. Satu ikatan suci murni yang akan menjadikan anda berdua sebagai sepasang suami-isteri yang sah dan seterusnya hidup dengan aman dan bahagia.

Namun.. merealisasikan impian rumahtangga itu.. bukanlah suatu perkara yang mudah sepertimana memetik sekuntum bunga di taman. Keinginan anda yang membuak-buak untuk mendirikan rumah tangga itu, terhenti seketika setelah anda membuat sedikit kira-kira tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk melangsungkan perkahwinan anda.



RM 15,000? Perghh... itu belum masuk kos pengangkutan untuk pergi ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah, sewa peralatan set audio video, upah juruvideo, potpuri... dan bermacam-macam lagi 1001 benda yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.

Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan... bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet honeymoon?.. Bajet untuk sewa rumah baru? Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV.. Set Bilik Tidur.. Kelengkapan Dapur untuk memasak.. dan macam-macam lagi... semuanya memerlukan WANG....

Pendek kata.. "Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam akaun bank anda... jangan bermimpilah nak kahwin."

Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan menyakitkan hati.. tetapi.. itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi dan terima.

Saya memahami situasi anda.... Anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang anda ambil sewaktu belajar dahulu.

Ataupun.. mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan anda.

Gaji anda boleh tahan juga, tapi.. yang peliknya, setiap hujung bulan, anda pasti tidak akan cukup duit, anda tidak pasti kemana wang anda menghilang setiap bulan. Rasa-rasanya.. anda tidaklah ada ber"joli" sakan.. tetapi.. pada setiap bulan, anda pasti tidak cukup wang... atau lebih baik sedikit.. wang gaji anda hanya cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja.. wang anda habis.. cukup bulan je.. wang anda habis... sedikit pun tidak dapat nak menyimpan. "Macam mana lah nak kahwin kalau macam ni?" kata hati anda....

Lebih membingungkan lagi... kekasih anda sudah mula bertanya.. "Bila abang nak masuk meminang? Mak saya dah tanya dah bila abang nak masuk meminang?"...

Fuhh... memang satu soalan yang agak mencabar.. "Kalau ikutkan hati aku.. hari ini juga aku nak kahwin..... tapi... apakan daya..... duit simpanan ku tak cukup-cukup lagi... Oh! " keluhan anda di dalam hati. Mulut anda tidak berkata apa-apa, anda hanya mampu membisu. Untuk tidak mahu meresahkan hati, anda cuba mengalihkan topik perbualan anda kepada topik yang lain... tetapi kekasih anda seperti tidak berpuas hati. Dia mula menarik muka masam kerana beranggapan anda tidak serius di dalam perhubungan cinta anda.

Hari demi hari terus berlalu.. anda kini bertekad untuk mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin. Anda mula melupakan tabiat bersarapan dan minum petang harian anda. Sehari.. anda makan 2 kali sahaja... kalau rasa-rasa boleh tahan.. anda akan makan sekali sahaja sehari. Mee segera kini menjadi stok makanan yang wajib bagi anda. Semuanya kerana gara-gara ingin menyimpan duit untuk perkahwinan anda. Waktu kerja anda pula menjadi semakin panjang... kalau boleh.. hari-hari anda ingin membuat kerja lebih masa di tempat kerja anda. Hidup anda kini hanya ada 2 tempat sahaja.. rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja... tiada lagi masa untuk menonton wayang.. tiada lagi waktu untuk beriadah dan bersukan bersama-sama rakan anda diwaktu petang. Masa anda kini.. hanyalah untuk kerja-kerja-kerja dan kerja... semuanya sebab nak cari duit kahwin punya pasal.

50 tips cara pikat lelaki...

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Friday, July 25, 2008

Tips memilih future husband dotttt...

Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud: "Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
** begitu juga isteri yang baik... seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan...kerna ada ketika suami2 ini terlalai

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu krana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri... dan
tidak patut sama sekali dibuat oleh suami.. but then...sekiranya isteri2 ini senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk mendapatkan keredhaan allah.. maka buatlah seikhlasnya..dan jangan sekali2 mengungkit setiap apa yang telah dilakukan olehnya ....

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak
mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri. Jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami. kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasa
menghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak wasangka untuk menjayakan niat jahatnya..

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan
dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup. Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia.....

10 situasi lelaki yg harus difahami

1. Bila si dia sibuk...
Jangan sesekali merengek atau mengada-ngada ( yangg paling kasar bahasanya " TERGEDIK-GEDIK" semata-mata nak menarik perhatian si dia. Fahamilah keadaan si lelaki mungkin memikirkan sesuatu yangg lebih penting. Mungkin perancangan masa depan untuk membina Mahligai Impian. macam Impian kasih

2. Bila si dia ego......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran....
Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul.....
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

R u ready 4 married gurrrrllll...?so,bacalah.....

Perkahwinan tu saat paling manis dlm hidup...

Apakah Persediaan anda utk berumah tangga....mari kita buat homework skit.....

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.



Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka “topeng� masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Ssayangilah gereksmu....wahai insan bergelar lelaki..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

8. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum
sebarangan.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan
.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

13. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

14. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

15. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

16. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

17. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

18. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

19. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

20. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati
..

21 Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

23. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa