
HAID MENUNJUKKAN ORGAN REPRODUKTIF SEORANG GADIS TELAH MULA BERFUNGSI
- Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain.
- Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.
- Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
- Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

No comments:
Post a Comment